Sembahyang jamak dan qasar merupakan satu rukhsah (keringanan)yang diberikan oleh Allah Taala kepada kita hambaNya.
Firman Allah Taala: "Jika kamu semua bermusafir di muka bumi, maka tidak ada kesempitan bagimu sekelian untuk mengqasarkan sebahagian sembahyang, bila kamu sekalian takut akan fitnah orang-orang kafir." (al-Nisa', 101)
Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a., beliau berkata: "Aku bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat dan bersama Abu Bakar dua rakaat, serta bersama Umar dua rakaat." Ibnu Umar pula berkata: "Aku bermusafir bersama Rasulullah s.a.w., Abu Bakar dan Umar. Ketiga-tiganya sembahyang Zohor dan Asar dua rakaat dua rakaat." Muaz bin Jabal meriwayatkan: "Kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. dalam perang Tabuk. Rasulullah menjamakkan sembahyang Zohor dan Asar, dan menjamakkan sembahyang Maghrib dan Isyak,; kemudian suatu hari Rasulullah s.a.w. mengakhirkan sembahyang, lalu pergi, kemudian melakukan sembahyang Zohor dan Asar dengan dijamakkan bersama. Kemudian beliau masuk (di khemah), kemudian keluar, lalu sembahyang Maghrib dan Isyak dengan dijamakkan bersama."
Mengerjakan sembahyang qasar atau jamak adalah mudah, seperti sembahyang sembahyang lain juga. Ada takbir, qiyam, fatihah, rukuk, sujud dsbnya. Hanya terdapat sedikit perbezaan, seperti perlu ada penambahan niat, kalau zohor asalnya 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Di samping itu ada beberapa perkara yang perlu difahami.
Antara yang perlu diketahui dan difahami ialah:
Berdasarkan mazhab syafi'i, syarat sembahyang Qasar ada 8, iaitu:
1. Bermusafir melebihi jarak 2 marhalah (90 km).
2. Ada qasad ke destinasi tertentu yang hendak dituju. Kerana jika tidak tahu ke mana hendak pergi, bagaimana kita boleh tahu berapa jauh jaraknya. Apakah ia melebihi 2 marhalah atau tidak.
3. Musafir atau perjalanan itu hendaklah atas tujuan yang diharuskan oleh syarak. Tidak boleh orang yang bermusafir atas tujuan maksiat mengerjakan sembahyang qasar.
4. Mengetahui bahawa qasar itu dibolehkan. Kalau sembahyang qasar dalam keadaan tidak tahu atau tertanya2: boleh ke qasar ni?, tidak sah sembahyang qasarnya kerana dianggap main-main.
5. Niat qasar ketika takbiratul ihram.
6. Tidak ada perkara yang merosakkan niat qasarnya ketika sembahyang, seperti berniat mahu sembahyang sempurna, tidak mahu qasar. 7. Tidak boleh mengikut (menjadi makmum) kepada orang yang sembahyang sempurna (yg tidak qasar).
8. Berada dalam keadaan musafir sepanjang sembahyang qasarnya itu. Jika dia bersembahyang di atas kapal laut, baru dapat satu rakaat, kapalnya dah sampai ke kg halamannya. Maka tidak sah qasarnya.
Sembahyang yang boleh di qasarkan ialah sembahyang fardu yang mempunyai bilangan rakaat empat, iaitu Zohor, Asar dan Isyak. Sembahyang-sembahyang ini dapat diqasarkan menjadi dua rakaat.
zohor
Niatnya: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor 2 rakaat qasar kerana Allah Taala.
Lafaz Arabnya: Usholli fardaz Zuhri rak'ataini qasran lillahi taala
Asar
Niatnya: Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar kerana Allah Taala.
Lafaz Arabnya: Usholli fardal Asri rak'ataini qasran lillahi taala
Isyak
Niatnya: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar kerana Allah Taala.
Lafaz Arabnya: Usholli fardal Isya'i rak'ataini qasran lillahi taala
SEMBAHYANG JAMAK
Iaitu menghimpunkan dua sembahyang fardu dalam satu waktu. Hadisnya ada disebutkan di atas. Sembahyang yang dihimpunkan ialah:
1. Zohor dengan Asar
2. Maghrib dengan Isyak
Ia boleh dilakukan seandainya memenuhi syarat berikut:
- Dalam musafir Perjalanan yang melebihi /dua marhalah/90 km.
- Musafir atas tujuan yang diharuskan syarak.
Pembahagian jamak - Ada dua iaitu:
a) Jamak taqdim iaitu yang menghimpunkan sembahyang Zohor dan Asar, ia dilakukan pada waktu Zohor. Atau menghimpunkan sembahyang Maghrib dan Isyak, ia dikerjakan pada waktu Maghrib.
Syarat jamak taqdim:
- Memulakan sembahyang pada waktunya yg terdahulu. Maksdunya, buat zohor dahulu, lepas tu baru buat Asar. Atau buat Maghrib dulu, lepas tu baru buat Isyak.
- Niat jamak ketika takbiratul ihram pada sembahyang yg pertama (pada sembahyang zohor atau maghrib).
- Dua sembahyang itu dikerjakan secara berturut-turut. Tidak boleh berselang antara dua sembahyang itu. Lepas salam sembahyang yg pertama, terus berdiri buat yg kedua pula. Tidak boleh kalau selepas salam sembahyang yg pertama, kemudian menyembang dulu, atau makan-makan dulu, lepas tu baru sembahyang yang kedua. tak boleh.
b) Jamak ta'khir Iaiatu menghimpunkan sembahyang Zohor dan Asar, ia dikerjakan pada waktu Asar. Atau menghimpunkan sembahyang Maghrib dan Isyak, ia dikerjakan pada waktu Isyak.
Syarat jamak ta'khir:
- Niat menta'khirkan sembahyang yang pertama pada waktu sembahyang yang kedua. Niat ini hendaklah dibuat pada waktu sembahyang yang pertama. Contohnya, bila masuk waktu zohor, niatkan nak tangguhkan sembahyang zohor ni kewaktu Asar. Boleh meniatkan perkara ini selama waktu zohor belum habis. Kalau dah masuk waktu Asar baru nak niat... Mana boleh.
- Permusafiran/perjalanan itu berterusan sampailah dia selesai mengerjakan kedua dua sembahyang. Kalau naik kapal laut, belum sempat mengerjakan kedua-dua sembahyang (zohor + Asar / Maghrib + Isyak), kapal dah sampai ke sempadan kampung.. Tak boleh. !!! Perhatian: Syarat di atas sama dengan syarat untuk qasar.
NIAT
a) jamak taqdim
i. Zohor + Asar
Niat untuk sembahyang zohor: Sahaja aku sembahyang fardu zohor empat rakaat dijamakkan kepada Asar sebagai jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.
Niat untuk sembahyang Asar: Sahaja aku sembahyang fardu Asar empat rakaat dijamakkan kepada Zohor sebagai jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.
ii. Maghrib + Isyak
Niat untuk sembahyang Maghrib: Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.
Niat untuk sembahyang Isyak: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak empat rakaat dijamakkan kepada Maghrib sebagai jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.
b) Jamak ta'khir
i. Zohor + Asar
Niat untuk sembahyang Zohor: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor empat rakaat dijamakkan kepada Asar sebagai jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
Niat untuk sembahyang Asar: Sahaja aku sembahyang fardu Asar empat rakaat dijamakkan kepada Zohor sebagai jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
ii. Maghrib + Isyak
Niat untuk sembahyang Maghrib: Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
Niat untuk sembahyang Isyak: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak empat rakaat dijamakkan kepada Maghrib sebagai jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
JAMAK QASAR
Ada lagi sembahyang yang digabungkan antara sembahyang jamak dan qasar. Iaitu menghimpunkan sembahyang zohor + Asar dan Maghrib + Isyak dengan diqasarkan sembahyang yang 4 rakaat.
Niatnya:
i. Sembahyang pada jamak qasar Zohor + Asar - Jamak taqdim: - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar: Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. - Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala. * Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di atas.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Kan dia 3 rakaat sahaja.. iii. Sembahyang pada jamak qasar Zohor + Asar - Jamak ta'khir: - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor: Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala. - Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar: Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala. - Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak: Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
PRAKTIK jamak taqdim - Zohor+Asar Dalam perjalanan............. 1. Berwuduk 2. Berdiri mengadap kiblat. 3. Memulakan sembahyang zohor dulu dengan takbiratul ihram serta niat: "Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala." 4. Sembahyang zohor 2 rakaat.... 5. Salam dan selesai. 6. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja), 7. Mula mengerjakan sembahyang Asar dengan takbiratul ihram serta niat: "Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala." 8. Sembahyang Asar 2 rakaat... 9. Beri salam.... Selesai
